Jutaan terima kasih kepada ajk dan urusetia yang bertugas semasa Hari Keluarga Taib Bin Eja. Tanpa mereka majlis seperti ini mungkin tidak dapat berjalan dengan sempurna. Alhamdulilah semua ajk / urusetia yang bertugas telah memberikan seratus peratus komitmen kepada majlis tersebut. Terima kasih kepada Pengerusi Haji Aziz Bin Haji Jusoh serta Bendahari Haji Aziz Bin Haji Ahmad kerana telah berjaya mengujudkan satu era baru bagi merapatkan sanak saudara tercinta dengan adanya majlis sebegini maka ikatan persaudaraan kita akan lebih kukuh insyaAllah. Harapan dari semua itu, mudah-mudahan ikatan silaturrahmi kita tersimpul dalam satu ikatan ukhuwah yang erat. Salam Ukhuwah...