Mutiara Kata


Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-kata itu akan meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada dan luka kerana kata-kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.

SELAMAT TAHUN BARU - 2010


Tahun 2009 telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tiada apa lagi yang boleh kita bawa ke depan selain kenangan. Jika diimbas semua kenangan itu, adakalanya ia membuat kita tersenyum dan ada juga kalnya membuatkan kita menangis sendirian.

Hakikatnya, di manakah sebenar-benarnya kedudukan kita sekarang. Adakah kita tergolong di antara orang yang berjaya di dalam meniti hari yang berlalu, ataupun sebaliknya?

Kita hanya mampu, termasuk diri saya, melalui ruangan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru seperti banyak ucapan-ucapan lain yang sudah menjadi klise. ( daripada bahasa Perancis cliche---disebut ke-li-sey- yang bermaksud ungkapan atau frasa yang cantik dan sedap didengar tetapi menjadi kosong dan hambar apabila diulangi tanpa sebarang tindakan)

Walau apa sekalipun, hidup mesti diteruskan. Kita hanya merancang hanya Tuhan yang menentukan. Setiap yang dirancang itu tidak semestinya dapat kita capai segala-galanya. Yang lepas biarkan berlalu. Setiap kesilapan yang dilalui jadikanlah sebagai pengajaran. Bukalah lembaran baru dan manfaatkanlah setiap hari-hari baru yang bakal menjelma.



.. From Moderator ..

Perkhidmatan Chatbx dimansuhkan buat sementara waktu..
Sekiranya nk chatting lagi, anda boleh berchatting dgn membuat komen di setiap post/entry..

Setiap komen yang dihantar perlu mendpt kebenaran dr moderator untuk dipublishkan..

Supaya komen yg dihantar dapat ditapis dan ianya tidak bercanggah dengan objektif penubuhan blog ini..


Sekian, Harap Maklum

BERITA TERKINI 7.11.2009 (SABTU)

Asallamualaikum wbt. Lebih kurang jam 2.00 ptg 7.11.2009( sabtu )salah seorang ahli keluarga Abd.Wahab iaitu Pakcik Awang telah kembali kerahmatullah di Hopital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Jenazah akan di bawa pulang ke Kampung Pelubang dan akan dikebumikan di sana pada pagi 8.11.2009 pada pukul 10.00 pagi. Ucapan takziah kepada keluarga beliau. Sama-sama kita sedekah Al- Fatihah untuk beliau.

Terima Kasih.

BERITA TERKINI DARI KELUARGA ABDUL WAHAB

                                                  Asallamualaikum Wbt.

Kepada semua ahli Keluarga Tok Taib Bin Eja, ini adalah berita terkini yang baru kami terima, salah seorang anggota Keluarga Abdul Wahab iaitu Pak Cik Awang yang tinggal di Pahang  sakit tenat dan kini berada di Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Kepada ahli keluarga yang berada berdekatan harap meluangkan masa untuk menziarahi beliau. Kita doakan agar kesihatan beliau akan pulih. Tolong sebarkan berita ini kepada adikberadik kita.

Terima Kasih.


walimatul urus

jemputan ke majlis perkahwinan : NOOR MARIAZULWATI BINTI MUSTAFFA & NOR MOHD SHAHIDAMIR BIN MOHD SAAID

Alamak kad kabur ar..tkpe la...kat sini ada detailnya yek:-
tarikh: 5hb disember 2009
tempat: Kg Biak , Jitra Kedah
masa: 12.00 tgh hari - 6.00 ptg


kepada semua sedara2 semua..jemputlah datang kerumah bagi memeriahkan majlis.yang dok jauh tu kalu boleh blk ke kg dtg la no...:-)

daripada: maria mustaffa (anak chu pora) cucu tok merah...yezzza....

:-)

Jutaan terima kasih kepada ajk dan urusetia yang bertugas semasa Hari Keluarga Taib Bin Eja. Tanpa mereka majlis seperti ini mungkin tidak dapat berjalan dengan sempurna. Alhamdulilah semua ajk / urusetia yang bertugas telah memberikan seratus peratus komitmen kepada majlis tersebut. Terima kasih kepada Pengerusi Haji Aziz Bin Haji Jusoh serta Bendahari Haji Aziz Bin Haji Ahmad kerana telah berjaya mengujudkan satu era baru bagi merapatkan sanak saudara tercinta dengan adanya majlis sebegini maka ikatan persaudaraan kita akan lebih kukuh insyaAllah. Harapan dari semua itu, mudah-mudahan ikatan silaturrahmi kita tersimpul dalam satu ikatan ukhuwah yang erat. Salam Ukhuwah...